Rumusan

Secara keseluruhannya istilah masyarakat majmuk ini terhasil kesan daripada penjajahan British. Bagi memastikan keadaan Negara yang aman dan damai, perkara yang paling penting ialah aspek ekonomi kerana ia menjadi isu paling sensitif. Perlu ditegaskan bagi memastikan kesepaduan dan kestabilan dalam hubungan sesama masyarakat penelitian sejarah salah satu langkah yang penting. Sejarah perlu dijadikan satu rangka tindakan untuk membina Negara dan bangsa. Kepentingan sejarah sesuatu bangsa khususnya yang berteraskan kepada sejarah bangsa pribumi perlu diutamakan dan diberi status dan kedudukan yang utama bagi memantapkan lagi asas pembinaan Negara-Bangsa. Negara-bangsa adalah sinonim yang saling mengukuhkan identiti, nasionaliti dan nasionalisma serta unsur-unsur patriotism Negara-Bangsa .Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar. Kehadiran kelompok-kelompok ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Kemajmukan masyarakat Malaysia menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar. Namun pada pertengahana abad ke 19, penghujrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah melayu.  Namun kehadiran  masyarakat luar ke Tanah Melayu  telah mencorakkan  perspektif  masyarakat Melayu, membentuk budaya baru, mempertingkatkan daya saing dalam sektor ekonomi, melahirkan dimensi baru struktur politik rakyat dan sebagainya. Masyarakat  majmuk di Malaysia terdiri dari pelbagai etnik yang dikategorikan  mengikut cara hidup, pola penempatan, pekerjaan dan pendidikan.Terdapat lebih 80 kaum di seluruh Malaysia. Daripada keseluruhan bangsa tersebut, terdapat tiga bangsa yang paling utama iaitu Melayu, India dan Cina dan  pelbagai etnik yang lain. Bagi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk yang mempunyai pelbagai kaum, agama, kepercayaan dan adat resam seharusnya setiap pihak harus berganding bahu untuk mengukuhkan lagi perpaduan. Hal ini jelas dilakukan apabila pihak kerajaan mula mengambil tindakan dengan memperkenal sistem satu malaysia , one people dan banyak lagi. 

No comments :

Post a Comment