Agama dan Kepercayaan

Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa Agama Islam merupakan agama Persekutuan . Namun pada masa yang sama , agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan .

Kaum Melayu 
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang Melayu . Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri , malahan amalan mereka ini tidak terjejas walapun berlaku kemasukan buruh-buruh Cina dan India .Penduduk Melayu di Tanah Melayu , Sabah dan Serawak , amnya menganut agama Islam . Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 dan ke-15 .
Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu . Dalam agama Islam , Al-Quran dijadikan sebagai asas atau sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis . Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman .
Islam ialah agama yang paling meluas dianuti di Malaysia dengan memperlihatkan peningkatan perkadaran . Secara keseluruhannya , ajaran Islam bermatlamat :
  • Melahirkan manusia yang mempunyai konsep kepercayaan yang betul iaitu hanya percaya kepada kekuasaan Allah semata-mata .
  • Melahirkan manusia yang mempunyai cara hidup yang tersusun dan bersistematik dalam setiap situasi kehidupan mereka .
  • Melahirkan manusia yang bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan sekali gus melahirkan manusia yang mengenali diri dan mempunyai hala tuju hidup . 
Masjid. Tempat beribadat orang Islam 

Kaum Cina
Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk ,Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat Cina ialah Taoisme . 
Taoisme berasal daripada perkataan Tao yang bermaksud ' Jalan ' ( The Way ) . Sebagai satu sistem falsafah , Taoisme mengajar pengikutnya untuk mencapai ketenangan jiwa , kedamaian fiikiran dan keharmonian emosi .Ajaran agama Tao telah diasaskan oleh Chang Lin yang dikenali sebagai T'ien Shih ( The Heavenly Teacher ) dalam kalangan para pengikutnya .

a) Konsep kekeluargaan dalam Confucianism
     - Ajaran ini sangat mementingkan organisasi kekeluargaan .Dalam sebuah keluarga , kasih sayang sesama kaum kerabat ( hsiao ) ,ukhuwah ( ti ) , ketaatan kepada ibu bapa dan abang sangat dititikberatkan .

b) Ketaatan anak 
    - Aspek ini merujuk kepada penghormatan yang patut diberikan oleh anak kepada ibubapa. Ajaran ini juga menekan kuat kepada konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga. 

c) Konsep Yin dan Yang 
   - Konsep ini menyebut bahawa semua benda yang ada di dunia ini merupakan gabungan unsur pasif yang dikenali sebagai Yin dan unsur aktif yang dikenali sebagai Yang . Gabungan Yin dan Yang akan membawa keamanan dan keharmonian .

d) Jen
  - Jen ialah ajaran yang bermatlamat membentuk seseorang individu itu bermoral tinggi dan sempurna . Ajaran ini menganggap manusia mempunyai sifat baik semula jadi . 

e) Chun Zhi
  - Konsep ini bermaksud manusia yang benar , manusia yang sempurna dan manusia yang terbaik.Dalam agama Islam , konsep ini boleh disamakan dengan konsep insan kamil (Manusia Sempurna)

f)Konsep Li 
  - Li bermaksud kesopanan , budi pekerti dan pelaksanaan upacara-upacara ( rites ) . Untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil , pemerintah harus mengendalikan sistem pentadbiran berdasarkan konsep ini serta konsep Jen .

g)Nilai Te
   - Te bermaksud persetujuan warganegara kepada nilai moral yang merupakan prasyarat untuk menjadi anggota masyarakat . Masyarakat akan menjadi masyarakat yang baik jika pemimpinnya terdiri daripada kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur kepada kepentingan bersama .

Kuil atau tokong . Tempat ibadat Penganut Buddha 

Kaum India
Masyarakat India yang tiba di Tanah Melayu turut membawa bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal . Agama yang paling banyak dianuti oleh masyarakat India ialah agama Hindu . Setiap penganut Hindu perlu sentiasa menyesuaikan diri untuk hidup demi masyarakatnya dan berusaha memuaskan hati nenek moyang dan tuhan-tuhannya .

Terdapat beberapa ciri yang terkandung dalam agama Hindu ini . Ciri-ciri tersebut ialah ;

a) Kepercayaan kepada dewa-dewa
  - Asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu . Namun ,penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk Dewa menjadikan agama ini sering dilihat beraliran politisme , walaupun sebenarnya tidak tepat . Antara dewa tersebut adalah Brahma ( Dewa Pencipta ) , Vishnu ( Dewa Pelindung ) dan Siva ( Dewa Pembinasa .

b) Konsep karma dan kelahiran semula
  - Masyarakat Hindu percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu . Hal ini kerana mereka mempercayai konsep kelahiran semula

c) Kitab-kitab Veda
  - Kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu . Kitab-kitab ini mengandungi riwayat hidup , amalan-amalan politik , kebudayaan , tempat , pakaian , minuman dan sebagainya .

Kuil . Tempat beribadat bagi penganut Hindu

Masyarakat Sarawak 
Kaum majoriti di Sarawak meliputi orang Iban(Dayak Laut), orang Melayu dan Melanau. Amnya orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka masih lagi berpegang kepada ajaran animism sejak dahulu dan setelah kedatangan kuasa-kuasa barat, sebahagian besar masyarakat Iban beragama Kristian. Bagi masyarakat Melayu di Sarawak, mereka berpegang kepada ajaran Islam. Bagi masyarakat Melanau, mereka asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai pegangan   agama), bagaimanapun selepas pemerintahan kesultanan Brunei dan pemerintahan keluarga     Brooke, ramai antara mereka yang memeluk agama Islam dan Kristian.

Masyarakat Sabah 
Masyarakat Kadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepada kepercayaan animisme. Masyarakat Kadazan-Dusun percaya tentang kewujudan syurga dan neraka.Bagi orang pagan, mereka percaya bahawa sesiapa yang mati, rohnya akan dibawa pergi ke Gunung Kinabalu dan mereka juga mempunyai upacara pemujaan seperti ‘keaamatan’(pesta menuai) yang dilakukan oleh Bobohizan (seorang bomoh perempuan).

Bagi masyarakat Bajau,hamper semua dalam kalangan mereka beragama Islam.Mereka mengamalkan upacara agama seperti berkhatan, akad nikah, khatam al-Quran dan lain-lain. Kajian tahun 1950-an menunjukkan hamper 75% masyarakat Bajau telah pun memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei.


4 comments :