Komposisi dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka

Tiga kaum yang terbesar dan utama di Tanah Melayu ialah Melayu , Cina dan India . Sebelum pertemuan tapak bijih oleh Long Jaafar pada tahun 1848 , majoriti penduduk Tanah Melayu terdiri daripada orang melayu.Hanya sebilangan kecil orang Cina yang datang Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka petempatan mereka di Melaka , Kuala Terengganu , Sungai Johor , Sungai Pahang dan Kelantan .Sementaraitu , sebilangan kecil orang India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu pula terdapat di Pulau Pinang dan Sebeang Prai .

Pada petengahan abad ke-19 berlaku penghijrahan masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku ekoran dasar kolonial British yang membawa masuk kaum-kaum tersebut , terutama untuk tujuan sektor ekonomi . Pada abad ke-19 sebenarnya memperlihatkan penguasaan British ke atas struktur politik dan ekonomi Tanah Melayu secara meluas . Aktiviti perlombongan bijih timah merupakan sumber kekayaan Tanah Melayu yang dieksploitasi sepenuhnya oleh British


Untuk menyokong kegiatan ekonomi kapitalis , British telah membawa masuk buruh-buruh Cina dan India bukan sahaja untuk bekerja di tapak perlombongan tetapi juga di sektor ekonomi yang lain . Senario ini didapati berterusan hingga tercetus Perang Dunia Kedua . Penhijrahan secara besar-besaran ini telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu .


Dari segi peratusan , peratus penduduk Melayu semakin kecil dari 54 % merosot menjadi 49 % pada tahun 1921 dan menurun lgi kepada 45% pada tahun 1931 .



Kaum Melayu

Orang melayu boleh ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu. Sehingga 1957 keseluruhan penduduk Melayu di Tanah Melayu berjumlah 2,427,834 orang, iaitu 49.8% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu. Bagi negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, penduduk Melayu ramai yang membuat kegiatan menangkap ikan(nelayan) dan bertani. Bagi kaum wanita di negeri Kelantan dan Terengganu pula, mereka bergiat dalam aktiviti perniagaan kecil-kecilan.   

Walau bagaimanapun, penguasaan ekonomi orang Melayu terhadap sektor ekonomi di negeri masing-masing semakin berubah dan merosot akibat campur tangan British dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh asing secara beramai-ramai telah menggalakkan kemunculan Bandar-bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Weld, Tapah dan Kampar di Perak, Kuala Lumpur, Port Swettenham dan Klang di Selangor serta Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan.   Kaum Melayu masih kekal diperkampungan masing-masing walaupun peratusan penduduk Bandar menigkat dari semasa ke semasa, namun peratusan kaum Melayu di Bandar-bandar baharu tetap kecil. 
  

Tahun

Jumlah
                           Peratusan (%)
Cina
India
Melayu
Lain-lain
1921
921,000
66.6
13.8
16.0
3.6
1931
1,284,000
65.4
14.8
15.9
3.9
1947
2,054,000
68.3
11.4
17.4
2.9

 Jadual di atas menunjukkan  komposisi Penduduk Bandar di Semenanjung Tanah Melayu  dan Singapura antara tahun 1921-1947   Masyarakat Melayu juga tidak digalakkan untuk menyertai sektor ekonomi moden. Alasan British ialah agar adat resam dan tradisi orang Melayu tidak terganggu dengan permodenan




Kaum Cina
Sebelum kedatangan British, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil dan kebayakkannya bekerja sebagai peniaga sahaja.kemasukkan masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengambilan Pulau Pinang oleh British dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786

 Penghijrahan semakin pesat sejajar dengan perkembangan aktiviti perlombongan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong hamper 10,000 orang dan di larut Perak pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Antara lombong-lombong biji timah yang diusahakan oleh buruh-buruh Cina di Kuala Lumpur ialah di Ampang, Sungai Kanching dan Klang. Selain aktiviti perlombongan,kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu di salurkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui Sistem Kangchu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai.

Bilangan dan Peratusan Penduduk Cina di Tanah Melayu antara Tahun 1901-1941
 Tahun
Bilangan Penduduk Tanah Melayu
Bilangan Penduduk Cina
Peratus Penduduk Cina
1901
1,227,195
583,396
48
1911
2,644,489
914,143
35
1921
3,338,545
1,170,551
36
1931
4,345,503
1,703,528
39
1941
5,545,173
2,418,615
44

Pihak British menggalakkan kemasukan buruh Cina dengan meluluskan beberapa undang-undang yang berkaitan. Misalnya pada tahun 1877, The Chinese Immigrants dan The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebenarnya terdiri daripada berbagai-bagai kelompok yang dapat dibezakan dari segi loghat, adat dan pengkhususan ekonomi. Antara kelompok-kelompoknya ialah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
  
Walaupun kemasukan orang Cina secara besar-besaran tetapi bilangan ini tidak menentu ekoran ramai yang sering keluar masuk. Jumlah orang Cina lebih stabil selepas Perang Dunia Kedua.
Kaum India
Kedatangan buruh India ke Tanah Melayu hanya ketara pada abad ke-19 dan ke-20, hubungan antara India dan Semananjung Tanah Melayu berlaku sejak awal lagi.        

Hubungan yang bermula sejak abad pertama Masihi apabila penganut Hindu-Budda menyebarkan agama mereka di Nusantara. Penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an dan tumpuan masyarakat India ialah di kawasan-kawasan utama penanaman getah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Catatan menunjukkan 90% daripada golongan penghijrah ialah oran Tamil yang berasal dari Chennai, manakala selebihnya ialah Telegu dan Malayalam. Selain orang Tamil, terdapat juga orang Punjabi dan Ceylon. Kumpulan etnik yang terbesar ialah orang Tamil yang membentuk 80% daripada keseluruhan penduduk India di Tanah Melayu sementara orang Malayati meliputi 7% dan orang Telegu pula berjumlah 4%.kebanyakkan orang Tamil, Malayati dan orang Telegu bekerja di estet-estet.

Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah Sistem Kangani. Mengikut sistem ini, seorang pekerja yang telah bekerja di Tanah Melayu dan pulang ke India perlu mencari buruh-buruh baharu untuk bekerja denganya di Tanah Melayu dan orang ini dipanggil Kangani. Namun sistem ini dihapuskan pada tahun 1938.

Penduduk India di Semenanjung Tanah Melayu antara Tahun 1911-1931
Wilayah/Tahun
1911
1921
1931
Negeri-negeri selat
82,055
104,628
132,277
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
172,465
305,219
397,996
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
12,639
61,781
110,951
Jumlah
267,159
471,628
623,224

3 comments :

  1. IBU SARTIKA/SURWANTO seorang TKI DI HONGKONG
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai .,,,

    ReplyDelete
  2. Maaf sebelumnya nama saya Valeria Armita Rahayu TKI dari Hong-Kong jika lewat Tempat ini saya menceritakan kisah hidup saya niat saya hanyalah semata ingin berbagi tapi semua tergantung Anda percaya atau tidak yg jelasnya ini kisah nyata saya...
    Syukur alhamdulillah kini saya bisa menghirup udara segar di indonesia karnah sudah sekian lama saya ingin pulang ke kampung halaman namun tak bisa sebab,saya harus bekerja di negri orang (HongKong) karna ada hutang orang tua yang harus saya lunasi...Singkat cerita namun saya tidak pusing lagi sebab kemaring saya di berikan Info oleh seseorang yang tidak saya kenal,katanya kalau mengalami kesulitan baik dalam Kesehatan atau Ekonomi,Terlilit hutang silahkan minta bantuan sama MBAH WIRANG di Nomer telfon ( 082_346_667_564 ) di jamin bantuan beliau 100% …Jadi saya beranikan diri menghubungi beliau dan menyampaikan semua masalah saya dan alhamdulillah saya bisa di bantu,,,Singkat cerita kini semua hutang orang tua saya sama rentenir semua sudah terlunasi dan punya modal besar untuk buka usaha di indon dan rencana bulan depan saya balek ke indon...
    Jadi buat yang pengen seperti saya silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomer ( 082_346_667_564 ) Anda tidak usah ragu akan adanya penipuan atau hal semacamnya sebab saya dan yg lainnya sudah membuktikan keampuhan bantuan beliau mungkin sudah waktunya giliran Anda...salam saudara-saudari TKI semua...





    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatu...
    Mohon ijin berbagi cerita kisah nyata yang benar-benar saya rasakan walaupun itu di larang agama tapi apa boleh buat kondisi sudah tidak memungkinkan... Saya hanya berbagi informasi siapa tau bermanfaat Jika anda butuh angka togel mulai 2D 3D 4D silahkan konsultasi dengan MBAH WIRANG... Duluhnya shi saya tidak percaya sama bantuan dari peramal togel tapi sekarang saya udah percaya karna saya sudah buktikan sendirii... Saya sangat berterima kasih atas bantuan ramalan angka togel ritualnya, Angka yang MBAH berikan kemaren 4D benar-benar tembus 100% dan alhamdulillah semua hutang piutang udah pada lunas... Siapa tau ada salah satu saudara lagi butuh angka togel silahkan hubungi MBAH WIRANG di nomor>>> 082-346-667-564 Kepercayaan itu adalah suatu keberhasilan dan saya udah rasakan...





    ReplyDelete