Komposisi Etnik Penduduk Malaysia

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MALAYSIA 

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.

Seorang pakar antropologi, J.S. Furnival (1948) menyatakan masyarakat majmuk adalah merujuk kepada masyarakat campuran yg berbilang bangsa. Namun, campuran ini dalam ertikata yg sebenar, bergaul tapi tidak bercantum. Setiap kumpulan mengamalkan agama, adat, kebudayaan, bahasa, fahaman dan cara hidupnya yg tersendiri.